Wednesday, November 12, 2014

Petua untuk menghilang penyakit migraine

Petua untuk menghilang penyakit migraine


 
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::

~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

anda juga boleh dapatkan vitamin dari shaklee

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

 Selamat mencuba.....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BERMINAT UNTUK PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI SAYA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...